Ads 468x60px

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 2 April 2012

AIR TERJUN MENDERU KAMPUNG CABANG KERTIH TERENGGANU


MENDERU SAMA ERTI ALUNAN YANG MERDU

Sebut je air terjun,, yang terlintas di fikiran aku air yang jernih,nyaman,sejuk sampai ke tulang..orang tranung kata(ketor gegeh)..


AIR TERJUN MENDERU DULU-DULU


Salah satu air terjun yang popular di daerah kemaman,aku nak bercerita skit pasal air terjun menderu ni..dah 2-3 kali aku pergi ke air terjun ni..pertama kali aku menjelajah air terjun ni lebih kurang 20 tahun lepas,masa tu aku muda remaja zaman darah masih panas..

Dulu,untuk masuk ke kawasan air terjun ni terpaksa berjalan kaki meredah jalan balak[hutan] dan yang paling aku malu-malu kucing...terpaksa memanjat pagar kebun orang untuk sampai ke air terjun,,andaikata masa tu tuan empunya kebun ternampak aku and the gang sedang memanjat pagar kebunnya [tak dapat nak bayang]..yang pasti aku and the geng lari tak cukup tanah ler..jawabnya masa tu..[kena ambush dengan tuan kebun]..


AIR TERJUN MENDERU KINI-KINI

Dulu,air terjun menderu tak lah terbuka macam sekarang..hanya orang kampung cabang and kampung2 sekitarnya saja yang tahu wujudnya air terjun ni..
kalu korang nak tahu air terjun ni masih lagi berstatus DARA,maksud aku [tak ramai yang tahu mengenai kewujudan air terjun ni] dan hutannya masih lagi semulajadi [tidak terusik] ..

AIR TERJUN MENDERU DULU-DULU
Aku and the geng masuk ke kawasan air terjun ni cukup berhati-hati dan selalu ingat pesan orang tua-tua,kalau nak masuk ke kawasan hutan macam ni,ada petua-petua [pantang larang melayu] yang wajib kita ikut...rasanya tak perlulah aku jelaskan pasal petua-petua ni...

Aku and the geng sempat bermalam 2 hari 1 malam di kawasan air terjun menderu ni..dengan berbekalkan beras,telur dan sardin,walaupun barang keperluan untuk makan tak sehebat makanan kat restaurant..bila kita menjamu slera di kawasan ni...nasi dengan budu pun dah kira lazat sehingga menjilat jari..
terima kasih pada penduduk kampung cabang kerana memperkenalkan AIR TERJUN MENDERU ni ke mata masyarakat malaysia...


AIR TERJUN MENDERU KINI-KINI
Alhamdulilah...air terjunnya tetap sama macam dulu-dulu..tapi yang berubahnya kawasan riadah ni dah ada jalan masuk yang bertar ke kawasan ni [ada kemajuan], adanya tandas awam,surau dan segala kemudahan semuanya ada kat sini...

Kepada yang inginkan suasana hutan yang bervolumekan nyanyian sang riang-riang,yang dah bosan dengan lambaian ombak pantai,yang dah boring dengan suasana kebisingan hiruk pikuk bandar dan yang inginkan pengalaman baru.....


AIR TERJUN MENDERU ...adalah tempatnya,yang pasti bila berkunjung kesini fikiran tenang jiwa tak keruan [orang kata]..yang inginkan adventure untuk sihatkan badan anda boleh juga junggle tracking kat sini..










Antara Kawasan Air Terjun Yang Pernah Aku Jelajah:

-AIR TERJUN PENITIH (tapi aku panggil dengan nama AIR LADANG) area sri bandi.,melalui kampung air jernih pun boleh.
-AIR TERJUN SUNGAI POYOK (masih tersembunyi dari pengetauhan orang ramai)kaum cina kampung air jernih je yang tahu.





p/s:bila berkunjung kesini,yang wajib kita ingat [SAFETY FIRST] dan jaga kebersihan hutan kita demi generasi seterusnya.




~SELAMAT BERIADAH~



sumber gambar~
terima kasih kepada Noor Hashimah Mamat
penduduk kampung cabang kertih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...