Ads 468x60px

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 20 April 2012

KATA HATI by-Anol Lon




Bila manusia lebih suka mengambil tahu hal orang lain lebih daripada hal dirinya sendiri sehingga terlupa azab Allah swt. Jagalah tepi kain orang jangan sampai MENYELAKNYA. Jagalah tepi kain sendiri jangan sampai TERSELAK. Wallahu'alam.

✿~Senyum itu sedekah,
✿~senyum itu awet muda, 
✿~senyum itu kemesraan,
✿~senyum itu pengikat sahabat, 
✿~senyum itu penambah kasih,
✿~senyum itu pelaris jualan, 
✿~senyum itu pengiktirafan,
✿~senyum juga pemanis wajah, 
✿~senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.
Senyum, tak perlu kata apa-ape TAPI Jangan pula senyum je kat tabung masjid walaupun senyuman itu sedekah


seorang wanita sanggup menyembunyikan rasa cintanya berpuluh2 tahun..
namun.. seorang wanita tidak mampu untuk menyembunyikan rasa cemburunya walau hanya untuk sesaat~


5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.

2. Tudung Nampak Bayang Rambut

Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.

3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai

Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.

4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.

5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan

Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

Kesimpulan
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni, ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga bermanfaat untuk semua.


hari ini kita masih bersama..esok kita mungkin akan terpisah..
hari ini kita sihat..esok mungkin kita tiada lagi di dunia..
hari ini kita kaya..esok mungkin kita akan miskin..
hari ini kita mencintai..esok mungkin kita membenci..
hari ini dia datang..esok mungkin dia pergi..

p/s : Sekiranya esok yang kita harapkan TIDAK MENJADI..sekurang-kurangnya kita tidak akan MENYESAL jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini..kerana esok PASTI ADA tetapi esok itu BELUM TENTU untuk kita..
:: Ya ALLAH, hidupkanlah aku dalam KEBAIKAN dan matikanlah aku dalam kebaikan juga ::


ALLAH MENGUJI kita dengan sesuatu yang amat kita SAYANG,Namun, kita diberi cubaan dengan KEHILANGAN...
Allah menguji kita dengan sebuah IMPIAN yang amat kita HARAPKAN,Tapi, kita terduduk berlinang airmata saat impian KECUNDANG...
Sesungguhnya Dia pemberi segala, kerana segalanya kepunyaanNya.
Saat ditariknya NIKMAT yang ada, Dia sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih BERHARGA...InsyaALLAH. 


Ketika hati brsedih kita perlu utk memilih..
Pilihlah utk senyum, walaupun kita memiliki sebab utk muram..
Pilihlah utk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah utk sabar dan redha walaupun kita ada alasan utk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama org yg bersabar.


Jika Sesuatu Itu Milik Kita..
Sesulit Apapun Jalannya..
Apapun Rintangannya..
Pasti Akan Jadi MIlik Kita..
Kerna Memang Untuk Kita..
Tapi, Jika Sesuatu Itu..
Bukan Milik Kita..
Walaupun Mudah Jalannya..
Walaupun Bersusah Payah..
Kita Ingin Mendapatkannya..
Tidak Akan Pernah Jadi Milik Kita..
Kerna Memang Bukan Untuk Kita...


NAFSU mengatakan PEREMPUAN itu CANTIK atas dasar RUPANYA
AKAL menyatakan PEREMPUAN itu CANTIK atas dasar ILMUNYA
KEPINTARANNYA dan HATI mengatakan PEREMPUAN itu CANTIK atas dasar AKHLAKNYA.

Kita sibuk menjaga hati orang lain hinggakan hati kita sendiri dibiarkan luka, Kita asyik dengan mengembirakan orang lain sedangkan hati kita sendiri dibiarkan kesedihan, Siapa lagi yang memahami hati kita selain diri kita sendiri & juga ALLAH.

sumber-Anol Lon


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample Text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...