Semalam masa ontheway aku nak masuk keja [shift malam],sampai area cherating,aku ternampaklah sebuah lori dengan muatan kayu balak.lori ni parking di kaki lima jalan [tayar belakang pancit]..aku tengok kat bawah lori kelihatan pemandunya sedang menukar tayar dengan menggunakan high power jack-up.[maaf boss,tak dapat nak nolong aku dah lewat nak masuk keje]..aku pun [bye-bye] berlalu begitu saja hingga sampai kat tempat keje..bekerja dan terus bekerja.
Pagi tadi semasa pulang dari tempat keja,sesampai aku kat cerating lori yang aku nampak semalam masih lagi berada pada posisi yang sama macam semalam..tapi kali ni memang berlainan skit,,[semalam sebuah lori,tapi hari ni 2 buah lori]..
Aku dah dapat agak dah,,ni pasti telah berlaku kemalangan..ya memang betul kemalangan pun.,tapi yang peliknya tak nampak seorang pun berada di kawasan kemalangan tersebut,yang ada kat situ dua biji kon penanda polis dan 2 biji lori yang tersadi dibahu jalan,aku pun try buat check line dan menghampiri lori-lori tersebut..[saje nak tahu apa kes]
Pada penilitian dari renungan tajam aku,sebuah lori ni memang dalam keadaan remuk teruk,kemungkinan rempuhan kuat dari arah belakang [bayangkanlah merempuh kayu balak dari arah belakang]..memang aku tak tau nasib pemandu lori yang merempuh lori kayu balak ni..sebab bila aku sampai tadi,tak ada seorang pun kat kawasan kemalangan tu[memang tak tahu cerita pun]..kemalangan ni aku rasa berlaku malam tadi,ataupun 2-3 jam selepas aku melalui kawasan ni untuk ke tempat keja semalam..kalau nak tau cerita sebenar tunggu jerlah berita malam ni ataupun beli je metro[tu-pun-kalau-ada-tersiar]..
##BILA TERSADAI DI BAHU JALAN KERANA KEBOCORAN TAYAR ATAUPUN KEROSAKAN LAIN,,JANGAN SESEKALI LUPA UNTUK MEMASANG SIGNAL AMARAN ATAUPUN MELETAKKAN TANDA AMARAN SEPERTI PAPAN TANDA,,KON DAN SEBAGAINYA YANG BOLEH DILIHAT OLEH PEMANDU LAIN##
chowww dulu..wasalam..
bahaya betul x pasang signal time kemalangan mcm ni.. membahayakan org lain
BalasPadamtulah pasal..akibat kecuaian kita,orang lain yang dapat habuan..
Padam